Yadim perlu RM50 juta setahun laksana aktiviti dakwah - Utusan Malaysia

Yadim perlu RM50 juta setahun laksana aktiviti dakwah

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menyaksikan Majlis MoU Program Penjanaan Dana Infaq Yadim bersama MobilityOne Sdn. Bhd di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) memerlukan sekurang-kurangnya RM50 juta setahun bagi melaksana dan memperkasakan program-program dakwah di negara ini.

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, ketika ini pihaknya menerima sumbangan RM25 juta setahun bagi menjayakan aktiviti penyampaian dakwah di seluruh negara.

Katanya, Yadim menerima RM14 juta setahun daripada kerajaan bagi kegunaan bayaran sewa lapan bangunan Yadim di negeri-negeri selain bayaran gaji dan elaun kakitangan.

“Sumbangan ini juga disalurkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, mangsa-mangsa banjir, ribut dan sebagainya.

“Begitu juga bayaran elaun kepada da’i (pendakwah) yang kita tempatkan bertugas di Sabah dan Sarawak. Jadi untuk memastikan aktiviti dakwah bergerak aktif dan menyeluruh kita memerlukan sekurang-kurangnya RM50 juta setahun,” katanya selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama (MoU) Program Penjanaan Dana Infaq antara Yadim dan Mobilityone Sdn. Bhd di sini hari ini.

Hadir menyaksikan MoU tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Nasrudin berkata, pelbagai usaha telah digerakkan Yadim bagi menjayakan usaha itu termasuklah kempen-kempen kepada masyarakat umum.

“MoU yang dimeterai hari ini adalah salah satu usaha berterusan Yadim selain kempen sedekah RM1 seminggu yang dilancarkan sebelum ini.

“Yadim juga menyeru agar masyarakat turut sama-sama menjayakan usaha ini dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya