Warga Myanmar maut, kereta rempuh belakang treler - Utusan Malaysia

Warga Myanmar maut, kereta rempuh belakang treler

KEADAAN kereta yang terlibat kemalangan dengan sebuah treler menyebabkan seorang lelaki warga Myanmar maut di di Kilometer 310.5 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dekat Gopeng, Perak, hari ini. - IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Seorang lelaki warga Myanmar maut manakala dua rakan senegaranya parah setelah kereta Toyota Avanza yang dinaiki mereka melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 310.5 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan dekat Gopeng, di sini hari ini.

Kyauk Khae, 42, yang parah kerana tersepit di tempat duduk penumpang depan kereta disahkan maut di tempat kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya memaklumkan, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 6 pagi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, didapati terdapat tiga mangsa tersepit di dalam sebuah kereta Toyota Avanza yang remuk teruk di bahagian depan.

“Anggota menggunakan hydraulic spreader dan telescopic ram dalam operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kereta.

“Seorang daripada mangsa yang duduk di bahagian hadapan kereta disahkan maut di lokasi kejadian manakala dua rakannya termasuk pemandu kenderaan cedera parah,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya