Warga emas maut diseret tiga kilometer - Utusan Malaysia

Warga emas maut diseret tiga kilometer

SEORANG warga emas maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda dan mangsa diseret sejauh kira-kira tiga kilometer di Kilometer 10 Jalan Jerantut-Temerloh di Temerloh, Pahang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang warga emas maut dan diseret kita-kira tiga kilometer selepas motosikal Honda EX-15 ditunggangnya berlanggar dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 10 Jalan Jerantut-Temerloh di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi tersebut, mangsa, Abu Samah@Mohd. Tahir Singah, 80, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, semasa kejadian, mangsa yang berasal dari Kampung Tan Sri Yahya, Temerloh dalam perjalanan dari arah Jerantut ke Temerloh.

“Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai hendak masuk simpang di sebelah kanan dan semasa membelok sebuah jip dari arah bertentangan melanggar bahagian sisi sebelah kiri motosikal.

“Kenderaan jenis Nissan Frontier terbabit kemudian terheret mangsa sejauh kira-kira tiga kilometer. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurut Mohd. Yusri, mangsa mengalami kecederaan di muka sebelah kiri luka, patah bahu kiri, patah tulang rusuk dan patah kaki kiri.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih dilakukan.

“Berdasarkan siasatan pacuan empat roda berkenaan dipandu seorang warga Indonesia yang membawa dua penumpang warga Bangladesh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya