Warga emas 47 cucu terima Mykad baharu - Utusan Malaysia

Warga emas 47 cucu terima Mykad baharu

RASID Ali menunjukkan MyKad gantian baharu yang diterima menerusi program Mekar di Kampung Orang Asli Paya Sendayan, Kuala Krau, Pahang. UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAU: Seorang warga emas dari Kampung Orang Asli Paya Sendayan di sini, yang mempunyai 16 anak, 47 cucu dan tujuh cicit terharu menerima kad pengenalan (MyKad) gantian baharu menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

Rasib Ali, 71, yang juga Tok Batin Kampung Orang Asli Paya Sendayan berkata, rata-rata warga emas seusia dengannya sudah uzur dan terlantar akibat sakit, jadi mereka tidak mampu berurusan untuk menukar kad pengenalan.

“Sejak memiliki kad pengenalan, saya tidak pernah tukar dan ia juga telah rosak kerana sudah terlalu lama.

“Saya sendiri sakit lutut dan sukar bergerak, jadi bila ada program sebegini (Mekar), ia tentunya membantu kami,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis penyerahan Mykad dan Outreach Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Paya Sendayan, semalam.

Program Mekar bersama pasukan Mobile Ehsan JPN Pahang di perkampungan Orang Asli berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri 1, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said.

Sementara itu, Ismail berkata, sebanyak 1,502 permohonan gantian MyKad diterima menerusi program Mekar melalui pasukan Mobile Ehsan JPN Pahang bermula 2018 hingga kini.

Beliau berkata, pelaksanaan program Mekar dijangka menjadi lebih baik dengan pelancaran Bas Mobile generasi baharu yang bakal beroperasi 1 Mei ini.

“Penambahan Bas Mobile ini memperkasa lagi program turun padang JPN bagi membantu rakyat di kawasan pedalaman mendapatkan dokumen penting seperti MyKad, sijil lahir dan khidmat nasihat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya