Wanita ditahan, guna wang palsu beli pakaian - Utusan Malaysia

Wanita ditahan, guna wang palsu beli pakaian

SEORANG wanita yang ditahan di sebuah tapak eskpo dekat sini malam semalam kerana disyaki menggunakan wang palsu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang wanita ditahan polis selepas didakwa menggunakan wang palsu untuk membeli pakaian di sebuah tapak ekspo dekat sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, wanita berusia 33 tahun dan beralamat di Sentul, Kuala Lumpur itu diserahkan kepada polis oleh sekumpulan peniaga yang menahan wanita berkenaan sebelum sempat beredar dari tapak ekspo tersebut.

Tambah beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam dan ia disedari oleh salah seorang peniaga berkenaan yang membuat imbasan wang menggunakan mesin UV.

“Wanita tersebut membuat urusan pembelian pakaian bernilai RM40 di salah sebuah gerai dan membuat pembayaran menggunakan wang kertas bernilai RM100.

“Kira-kira 30 minit kemudian, datang seorang peniaga lain bersama suspek ke gerai peniaga pakaian itu dan meminta membuat pemeriksaan ke atas wang RM100 yang digunakan untuk membeli pakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati wang berkenaan didapati palsu dan hasil siasatan pihak polis, suspek memaklumkan memiliki wang kertas RM100 ini sebanyak tiga keping hasil daripada menjual telefon peribadi miliknya. 

“Suspek mengakui telah menggunakan wang kertas berkenaan bagi urusan pembelian barangan di tapak ekspo ini. 

“Suspek juga tidak mengetahui wang kertas yang diterima hasil jual telefon berkenaan adalah wang palsu. Wanita berkenaan direman selama empat hari sehingga 26 April depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 489 (C) Akta Kanun Keseksaan,” katanya.- UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya