Wanita buang sampah di lampu isyarat ada gangguan mental - Utusan Malaysia

Wanita buang sampah di lampu isyarat ada gangguan mental

GAMBAR seorang pengguna jalan raya yang dirakam membuang sampah di persimpangan lampu isyarat Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing di Kluang, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang wanita yang tular dalam media sosial kerana membuang sampah di persimpangan lampu isyarat Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini disahkan mengalami gangguan mental.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng berkata, wanita berusia 41 tahun itu telah ditahan dan kini dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, polis menyedari berhubung perkara itu selepas gambar kejadian berkenaan tular di Facebook.

“Dalam gambar tersebut, wanita berkenaan dilihat membuang sampah di kawasan lampu isyarat.

“Wanita itu juga dilihat menyebabkan halangan lalu lintas di jalan terbabit dan dirakam pengguna jalan raya sebelum menjadi tular. Namun, siasatan lanjut dibuat mengesahkan individu itu mengalami gangguan mental,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut juga mendapati dia mempunyai lesen memandu yang sah.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan dan maklumat yang ingin disalurkan kepada polis boleh menghubungi talian 07-778 4222 atau hotline 07-776 6822,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN