Wang lebih RM15,000 dalam bank lesap - Utusan Malaysia

Wang lebih RM15,000 dalam bank lesap

NANG Ah Wa (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya selepas kerugian lebih RM15,000 setelah memuat turun satu aplikasi telefon bimbit, Mac lalu di Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang wanita kerugian RM15,310 apabila wang dalam akaun bank lesap dalam tempoh satu malam selepas memuat turun aplikasi RF Reload, 23 Mac lalu.

Mangsa, Nang Ah Wa, 40, memberitahu, dia mengetahui mengenai aplikasi tersebut melalui satu iklan yang dibacanya dalam laman sosial Facebook.

Katanya, iklan itu mendakwa aplikasi berkenaan mampu memberi penjimatan terhadap bil elektrik dan air dengan pembayaran awal sebanyak RM10, menyebabkan dia tertarik untuk mencubanya.

“Selepas menghubungi pihak pengiklan, mereka mengirimkan satu pautan melalui WhatsApp dan meminta saya untuk memuat turun aplikasi berkenaan kira-kira pukul 7 malam.

“Kemudian pada pukul 10 malam ketika menyemak akaun bank, saya dapati kesemua duit berjumlah RM15,310 dalam akaun telah hilang,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah wanita yang bekerja sebagai seorang pembantu jualan itu, wang berkenaan merupakan wang simpanannya hasil daripada pemberian suami yang bekerja di Singapura.

Sementara itu Timbalan Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Pasir Gudang, Ang Tun Chiek memberitahu, kes penipuan itu adalah kaedah scam baharu iaitu menipu mangsa dengan menggunakan aplikasi dalam talian telefon bimbit.

“Kami telah melakukan penjejakan transaksi wang mangsa dan mendapati duit itu dipindah kepada satu syarikat yang merupakan pihak ketiga.

“Apabila kami menghubungi syarikat itu untuk mendapatkan maklumat transaksi mereka tidak mahu membantu, saya harap polis boleh siasat,” katanya.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Permas Jaya pada 28 Mac lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya