VSS RM2.5j: Lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim boleh simpan pampasan

VSS RM2.5j: Lapan bekas kakitangan Khalid Ibrahim boleh simpan pampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan pembayaran pampasan skim pemberhentian secara sukarela (VSS) berjumlah RM2.7 juta bagi lapan bekas kakitangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah sah di sisi undang-undang.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf sebulat suara memutuskan demikian pada prosiding yang berjalan melalui aplikasi Zoom hari ini.

Beliau bersidang bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed serta Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Zabariah Yusof.

Pada 11 Mei 2015, MBI memfailkan saman itu dan menuntut semula wang yang dibayar kepada kesemua bekas kakitangan Khalid atas dakwaan pembayaran itu dibuat tanpa kebenaran.

Lapan kakitangan tersebut ialah bekas ketua pegawai eksekutif MBI, Faekah Hussin; bekas ketua pegawai operasi, Rohany Talib; Arfa’eza Abdul Aziz; Mustapha Mohd. Talib; Rahimah Kamarudin; Abdul Halim Mohamed Yusof dan Tuan Nazuri Tuan Ismail yang dinamakan sebagai defendan.

Ketika membaca penghakimannya, Hakim Rohana menyatakan, Khalid yang merupakan Menteri Besar ketika itu telah meluluskan pembayaran tersebut dan tidak berlaku sebarang pelanggaran peruntukan dalam Enakmen Menteri Besar (Diperbadankan) (MBI).

Tambahnya, MBI gagal menunjukkan bahawa bayaran RM2.7 juta itu dibuat bertentangan dengan undang-undang.

Selain itu, MBI gagal menunjukkan sebarang bukti konspirasi atau bagaimana defendan-defendan telah melakukan pecah amanah atau melanggar tanggungjawab fidisuari dalam mendapatkan penbayaran tersebut.

Pada 2017 Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bayaran pampasan kepada ketujuh-tujuh mereka adalah sah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda keputusan itu dan menyatakan keputusan dibuat Menteri Besar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi MBI perlu mendapat kelulusan lembaga pengarah.

Sehubungan itu Faekah dan Rohany diarahkan untuk memulangkan semula pamasan yang diterima. Bagaimanapun tiada perintah dibuat terhadap lain-lain defendan.

Menurut pembayaran VSS itu, Faekah menerima pampasan sebanyak RM695,400, Rohany (RM524,400), Arfa’eza (RM478,935), Mustapha (RM265,320), Rahimah (RM265,650), Dr Sulaiman (RM182,385), Abdul Halim (RM186,300) dan Tuan Nazuri (RM115,200). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya