Video lelaki dipukul: Polis sedang mengesan suspek, mangsa - Utusan Malaysia

Video lelaki dipukul: Polis sedang mengesan suspek, mangsa

TANGKAP layar video memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki lain dalam sebuah rumah dipercayai berlaku di Seremban yang tular di Facebook sejak semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Polis sedang mengesan suspek dan mangsa yang terlibat dalam kejadian pukul seorang lelaki oleh sekumpulan lelaki lain dalam sebuah rumah dengan video kejadian tersebut tular dalam laman sosial Facebook sejak semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kira-kira pukul 6.30 petang semalam, pihaknya mengesan tiga video pendek yang tular dalam Facebook memaparkan sekumpulan lelaki sedang memukul seorang lelaki lain dalam sebuah rumah yang disyaki berlaku di daerah ini.

“Tiga video pendek yang tular melalui aplikasi Facebook itu memaparkan sekumpulan lelaki dirakam sedang memukul seorang lelaki dengan menggunakan kaki dan tangan di dalam sebuah rumah.

“Bagaimanapun, tarikh, masa, lokasi dan juga identiti suspek serta mangsa belum dapat dikenal pasti. Kejadian disyaki berlaku di kawasan Seremban,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, satu laporan polis berkait video yang tular itu telah diterima dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan mangsa dan kesemua suspek tersebut sedang giat dijalankan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya