Vessel Zon C ‘langgar’ kawasan tangkapan ditahan - Utusan Malaysia

Vessel Zon C ‘langgar’ kawasan tangkapan ditahan

VESSEL penangkapan ikan zon C tempatan yang ditahan ketika sedang menunda ikan pada jarak yang tidak dibenarkan berdekatan Pulau Tioman, di Mersing, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Sebuah vessel menangkap ikan yang dikategorikan dalam Zon C ditahan ketika sedang menunda hasil laut pada jarak tidak dibenarkan berdekatan Pulau Tioman, di sini semalam.

Pengarah Perikanan negeri, Noraishah Hashim berkata, tangkapan itu dilakukan ketika rondaan rutin pemantauan vessel pantai timur oleh Cawangan Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Jabatan Perikanan Negeri Johor.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati vessel berkenaan mempunyai lima kru melibatkan dua lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 57 tahun.

“Vessel itu ditahan ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan (menunda) pada jarak sekitar 9.8 batu nautika dari Pantai Pulau Tioman sekali gus melakukan kesalahan kerana bagi vessel Zon C tidak dibenarkan menangkap ikan kurang 12 batu nautika dari pantai.

“Terdapat hasil tangkapan bernilai tinggi seperti sotong, ikan barat dan ikan tenggiri turut disita. Kes disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya