Vaksin: 'Buat masa ini, bersabar' - Utusan Malaysia

Vaksin: ‘Buat masa ini, bersabar’

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tumpuan kepada warga emas dan mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi akan diberikan dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula 19 April ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati ramai yang tertanya-tanya mengenai temu janji mereka biarpun sudah berdaftar sejak Februari lalu.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memberitahu, PICK akan berlangsung sehingga hujung tahun ini mengikut fasa manakala fasa kedua akan melibatkan mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta individu yang mempunyai penyakit serius iaitu kelompok kumpulan berisiko.

“Berdasarkan jadual penghantaran syarikat pengeluar vaksin, Malaysia akan menerima vaksin secara stabil bermula Jun depan dan ketika itu, program ini akan dilaksanakan secara maksimum bagi memastikan imuniti kelompok iaitu 80 peratus dapat dicapai.

“Kita akan terus meminta pengeluar vaksin segerakan penghantaran vaksin. Buat masa ini, semua pihak perlu bersabar dan kekalkan prosedur operasi standard (SOP). Bulan berikutnya, anda akan menerima notifikasi melalui aplikasi MySejahtera atau sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai temu janji seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Khairy berkata, semua pihak juga tidak perlu gusar kerana berdasarkan graf dan perancangan yang diumumkan Februari lalu, objektif PICK dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

Katanya, salah satu sebab utama kurangnya bekalan vaksin khususnya di beberapa negara membangun adalah disebabkan tindakan yang dilakukan negara kaya.

“Beberapa negara kaya telah membeli vaksin yang membolehkan mereka memberi vaksin rakyat mereka untuk tiga hingga lima kali.

“Perkara ini juga ditimbulkan banyak syarikat farmaseutikal maka sebab itulah, Malaysia perlu menyusun portfolio vaksin termasuk Pfizer, AstraZeneca dan begitu juga dengan Sinovac,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya