UTeM tersenarai dalam THE Impact Rankings 2021 - Utusan Malaysia

UTeM tersenarai dalam THE Impact Rankings 2021

RAHA ABDUL RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mencipta sejarah apabila pertama kali disenaraikan dalam penarafan Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2021 peringkat global. 

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Raha Abdul Rahim berkata, penyertaan pertama kali UTeM itu terus mendapat pengiktirafan dan tersenarai pada kedudukan 801 hingga 1,000 daripada keseluruhan universiti yang terlibat.

Beliau berkata, pencapaian terbaharu tersebut mengukuhkan lagi kedudukan UTeM sebagai antara institusi terbaik di dunia dalam menyelesaikan cabaran terbesar umat manusia pada masa kini.

“Penarafan kedudukan THE Impact Rankings 2021 ini berteraskan penilaian yang berfokus kepada empat bidang utama sesebuah universiti merangkumi penyelidikan, pengawasan, jangkauan dan pengajaran terhadap 17 fokus Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“UTeM berjaya menyerlah dalam empat komponen SDG seperti SDG 6 (Clean Water and Sanitation), SDG 7 ( Affordable and Clean Energy), SDG 13 (Climate Action) dan SDG 17 (Partnerships for The Goals),” katanya kepada Utusan Malaysia.

THE Impact Rankings 2021 merupakan satu-satunya jadual pengukuran prestasi global yang menilai aktiviti universiti-universiti seluruh dunia selari dengan SDG oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Tambah Raha, pihak UTeM di segenap peringkat akan terus bergiat aktif melaksanakan pelbagai inisiatif baharu menambah baik kedudukan pada masa hadapan. 

“Pencapaian ini juga diharap turut memantapkan lagi jentera pengurusan universiti terutama dalam aspek mendepani sebarang cabaran kini dan mendatang,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya