Umur dah 50, 'tuang' puasa, makan siang di warung - Utusan Malaysia

Umur dah 50, ‘tuang’ puasa, makan siang di warung

SEORANG kakitangan JAINJ memberikan penerangan mengenai kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Johor kepada individu ketika pemantauan di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sakit dan tidak larat untuk berpuasa menjadi alasan seramai 23 individu yang ditahan tidak berpuasa oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam negeri Johor (JAINJ) sejak hari pertama Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAINJ, Dzulkafli Mohamad berkata, kesemua 23 individu yang dikenakan saman hadir itu berusia 20 hingga 50 tahun ditahan di seluruh negeri ini.

Katanya, mereka dikesan makan pada waktu siang di bulan Ramadan yang kebanyakannya di restoran dan warung.

“Bermacam-macam alasan yang mereka berikan kepada anggota penguatkuasa ketika membuat tinjauan antaranya tidak tahan hendak berpuasa, sakit dan lain-lain lagi.

“Kebanyakan kaki ponteng puasa yang ditahan ini adalah individu yang berbeza. Penguatkuasaan dan pemantauan akan diteruskan sepanjang bulan Ramadan di seluruh daerah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dzulkafli memberitahu, individu yang ditahan ini akan menerima saman hadir kepada mereka untuk hadir ke bahagian penguatkuasaan JAINJ mengikut tarikh ditetapkan.

Katanya, mereka yang ditahan ini akan dinasihatkan supaya menghormati bulan Ramadan sekalipun tidak larat untuk berpuasa.

“Kalau tidak boleh berpuasa sekali pun, janganlah makan di khalayak ramai sebaliknya makan di tempat yang tersembunyi.

“Kita akan tuduh mereka ini di bawah Seksyen 15 (a) dan 15 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Negeri Johor 1997 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya