UMNO mungkin hilang lebih banyak kerusi - Mohd. Amar - Utusan Malaysia

UMNO mungkin hilang lebih banyak kerusi – Mohd. Amar

MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) merasmikan Majlis Prapelancaran Projek Solar Terapung dan Pengisytiharan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Tasik Danau Tok Uban Pasir Mas, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: UMNO dan Barisan Nasional (BN) diramal hilang lebih banyak kerusi dan terus ditolak rakyat jika memilih bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, untuk memenangi semula hati rakyat, UMNO juga tidak boleh mengekalkan barisan kepemimpinan sedia ada kerana mereka telah gagal dalam pilihan raya terdahulu.

Katanya, pandangan peribadi beliau itu berdasarkan suasana politik negara hari ini yang mana tidak ada satu pun parti benar-benar kuat untuk berdiri sendiri.

“Saya jangka UMNO mungkin kehilangan lebih banyak lagi kerusi kalau bertanding secara solo. Sebab itulah Pas mahu membentuk gabungan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO pada PRU nanti.

“Bersatu tidak boleh menang jika tiada gabungan. Begitu juga dengan UMNO. Jadi kita harap kedua-dua parti serta Pas mencari titik persamaan untuk menyelesaikan perbezaan pendapat,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar merasmikan Prapelancaran Projek Solar Terapung dan Pengisytiharan Zon Industri Akuakultur (ZIA) Tasik Danau Tok Uban, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, walaupun Persidangan Agung UMNO baru-baru ini membuat ketetapan untuk bergerak solo, masih ramai akar umbi mahu melihat parti terbesar Melayu itu bersama PN.

“Saya yakin hanya segelintir pimpinan yang menolak kerjasama itu. Jadi saya berharap agar akar umbi UMNO dapat mengubah suasana itu demi kepentingan Islam dan bangsa Melayu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya