UMNO dan Pas tetap perkasa Muafakat Nasional - Utusan Malaysia

UMNO dan Pas tetap perkasa Muafakat Nasional

Pas tidak pernah ajak Bersatu bincang mengenai mengembalikan semula Muafakat Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hubungan antara UMNO dan Pas masih dalam keadaan baik meskipun Pas dilihat cenderung untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pas yang akan menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi merangka strategi dan hala tuju parti menghadapi PRU-15 termasuk rundingan pengagihan kerusi ternyata tidak menarik perhatian UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO tetap berpegang kepada prinsip untuk terus mengukuhkan kerjasama dengan Pas seperti yang telah dimeterai dalam Muafakat Nasional (MN).

“Biasanya setiap dua minggu sekali kita (UMNO dan Pas) akan mengadakan mesyuarat dan mungkin selepas ini kita akan berbincang sebab mesyuarat dua minggu sekali.

“Kita akan bawa perkara berkaitan hubungan kita tetapi setakat ini di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) usul ke empat atau lima kalau tidak silap saya adalah mengukuhkan kerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) dan usul itu juga diluluskan semasa PAU.

“Kita masih lagi bersama Pas. Tapi kalau ada apa-apa perkembangan kita akan bincanglah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemelrang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya