UMNO, Bersatu berhentilah bertelagah - Utusan Malaysia

UMNO, Bersatu berhentilah bertelagah

HASHIM Jasin menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis. - UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pas menyeru UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengetepikan perbezaan dan berhenti bertelagah sesama sendiri sebaliknya meletakkan perpaduan sebagai matlamat utama.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, mengambil keberkatan bulan Ramadan, diharap pemimpin kedua-dua parti itu dapat berfikir ke arah kepentingan penyatuan dan perpaduan.

“Walaupun ada halangan tetapi jangan lari daripada objektif untuk mencapai perpaduan kebangsaan seperti mana yang sudah kita sepakat sebelum ini.

“Pendirian Pas tetap tidak berubah untuk melihat ketiga-tiga parti ini dapat bersatu bagi merealisasikan pertembungan satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

“Banyak halangan yang terpaksa kita hadapi tetapi kita jangan putus asa untuk bergerak ke arah itu (perpaduan),” katanya ketika ditemui selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Wawasan 2020 di sini hari ini.

Hashim memberitahu, penyatuan Pas, Bersatu dan UMNO dilihat sebagai satu-satunya jalan untuk mententeramkan kehidupan rakyat di negara ini.

“Cukuplah pengalaman kita berpecah sesama Islam sebelum ini. Sekarang, inilah masa untuk kita bersatu,” katanya.

Mengulas mengenai perubahan pucuk pimpinan UMNO negeri baru-baru ini, Hashim berkata, pihaknya berharap apa sahaja perubahan yang berlaku dapat memberikan kebaikan kepada rakyat.

Minggu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Pertukaran Shahidan yang cukup sinonim dengan UMNO Perlis itu berkemungkinan disebabkan pendirian beliau yang lantang untuk terus bekerjasama dengan Bersatu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya