Ular tedung 'mengintai' dari siling rumah - Utusan Malaysia

Ular tedung ‘mengintai’ dari siling rumah

ANGGOTA APM berjaya menangkal seekor ular tedung selar seberat empat kilogram yang tiba-tiba muncul dari siling bilik air rumahnya di Kampung Sungai Ragut, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Seorang wanita sarat mengandung berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung selar seberat empat kilogram tiba-tiba muncul dari siling bilik air rumahnya di Kampung Sungai Ragut di sini, kelmarin.

Menurut ibunya, Sadiah Mohammad Nor, 60, kejadian disedari kira-kira pukul 12 tengah malam selepas anak bongsunya yang hamil lima bulan itu tiba-tiba menjerit dan berlari keluar sambil membawa gayung kerana terkejut melihat haiwan berbisa itu.

“Anak saya menjerit memanggil suaminya sambil berlari membawa gayung. Mula-mula kami sangkakan dia hanya ternampak biawak, namun, apabila suaminya memeriksa keadaan, memang haiwan tersebut adalah ular.

“Saya terus menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk meminta bantuan menangkap haiwan tersebut. Kami percaya ular tersebut berada di atas siling tandas kerana menangkap biawak yang sering masuk ke rumah ini melalui laluan itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Sadiah memberitahu, kejadian itu merupakan kali ketiga ular jenis tedung selar memasuki bilik air di rumahnya dengan salah satu kejadian turut menjumpai bangkai seekor biawak berdekatan ular yang berjaya ditangkap.

Sementara itu, Pegawai Operasi APM daerah Alor Gajah, Leftenan (PA) Abdul Hadi Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.25 tengah malam dan sepasukan tiga anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kita dapati tular tedung selar tersebut telah menyusup masuk ke bahagian siling bilik tidur rumah berkenaan.

“Anggota APM telah menarik ular tersebut daripada bahagian belakang melalui luar rumah dan berjaya menangkap dalam masa lima minit,” katanya.

Ujarnya, ular sepanjang 2.5 meter itu kemudian dilepaskan di habitatnya yang jauh daripada kawasan perumahan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya