Tukar nama meter TNB elak tanggung hutang penyewa - Utusan Malaysia

Tukar nama meter TNB elak tanggung hutang penyewa

TAWARAN insentif khas bertujuan menggalakkan semua premis komersial memasang lampu hiasan bagi memeriah dan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menasihati semua pemilik premis iaitu pengguna berdaftar supaya menukar nama masing-masing kepada nama penyewa premis bagi mengelakkan menanggung hutang yang dilakukan pihak lain.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, menerusi penukaran nama akaun, pemilik premis dapat mengelak daripada menanggung tunggakan bil elektrik yang ditinggalkan penyewa, sekiranya hal seumpama ini berlaku.

“Ini membolehkan mereka memastikan pembayaran bil sentiasa dibuat oleh penyewa, selain mengambil langkah-langkah lain bagi mengelakkan dibebani masalah penyewa yang culas membayar tunggakan bil elektrik.

“Sekiranya penyewa telah berhenti menyewa premis, pemilik boleh menukar nama pemegang akaun kepada penyewa baharu atau kembali ke nama pemilik asal, sekiranya tidak menyewakan lagi premis tersebut,” tambah kenyataan hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pihak TNB telah menyaman pemilik premis bertarikh 8 April 2021 dan pengadu telah membuat rundingan untuk melunaskan hutang melalui bayaran ansuran dengan bayaran ansuran pertama pada 7 April 2021.

Tambah kenyataan, permohonan pertukaran nama perlu dilaksanakan oleh penyewa premis dengan menandatangani kontrak baharu dengan TNB.

Urusan penukaran nama ini boleh dilakukan melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau dengan mengunjungi Kedai Tenaga yang berdekatan.

“Langkah-langkah dan dokumen sokongan yang diperlukan bagi tujuan permohonan pertukaran nama boleh diperolehi di Portal myTNB,” tambah kenyataan.

Bagi pertanyaan berkenaan perkhidmatan TNB, pengguna boleh menghubungi TNB CareLine di 1300-88-5454, email ke [email protected] atau menerusi Facebook TNB CareLine. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya