Tujuh pelajar Maktab Mahmud, Baling disahkan positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tujuh pelajar Maktab Mahmud, Baling disahkan positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai tujuh pelajar Maktab Mahmud di Baling disahkan positif Covid-19, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd. Hayati Othman berkata, kesemua pelajar tersebut terdiri daripada enam pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu.

Menurutnya, pelajar terlibat kini telah dibawa ke hospital.  

Katanya, setakat ini pihak berwajib sedang berusaha mengenal pasti kluster yang menjangkiti para pelajar terbabit.

“Dalam masa sama, kita telah mengenal pasti seramai 80 pelajar, 23 guru serta dua penyelia asrama yang menjadi kontak rapat dengan tujuh pelajar tersebut.

“Sama ada sekolah itu akan keseluruhan sekolah atau kelas itu saja akan ditutup, itu bergantung kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Tautan Kasih Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim Bersama Rakan Media Negeri Kedah di Pusat Konvensyen dan Hotel Raia di sini, malam ini.

Sementara itu, Mohd. Hayati turut menasihatkan kalangan orang ramai terutamanya pengunjung bazar Ramadan supaya terus mematuhi prosedur operasi standard bagi memastikan tidak wujud penularan baharu Covid-19.

“Dalam kalangan peniaga, mungkin tak ada masalah untuk mereka mematuhi SOP tetapi di kalangan pengunjung, kita perlu berjaga-jaga terutamanya melibatkan gerai yang menjadi tumpuan.

“Kalau boleh, tak pelulah kita bawa anak-anak kecil turut sama bersesak di bazar.

“Kita tak mahu sampai nanti satu tahap di mana wujudnya kluster baharu yang menyebabkan semua pihak terjejas terutamanya ketika masing-masing berusaha untuk mencari rezeki di bulan Ramadan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya