Tourism Dashbord pantau prestasi sektor pelancongan - Utusan Malaysia

Tourism Dashbord pantau prestasi sektor pelancongan

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Prestasi sektor pelancongan kini boleh dipantau melalui Tourism Dashbord yang dilancarkan Jabatan Perangkaan Malaysia mengandungi data dan maklumat berkaitan pelancongan.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pangkalan data itu bertujuan memudahkan pengguna mengakses indikator dan statistik berkaitan sektor pelancongan.

Katanya, ia merupakan gabungan daripada pelbagai sumber data melibatkan Akaun Satelit Pelancongan dan Statistik Pelancongan Domestik yang diterbitkan jabatan itu serta indikator daripada Tourism Malaysia.

“Dashboard ini merangkumi data siri masa dan indikator yang signifikan bagi memantau prestasi sektor pelancongan.

“Selain itu, manual-manual rujukan daripada badan antarabangsa serta polisi kerajaan berkaitan pelancongan turut dimuatkan ke dalam Tourism Dashboard ini dan maklumat di dalamnya akan sentiasa dikemas kini berdasarkan ketersediaaan data dari semasa ke semasa,” katanya dalam majlis pelancaran itu, di sini hari ini.

Mohd. Uzir berkata, Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan pada 23 Disember tahun lalu oleh Perdana Menteri bermatlamat menjamin kelangsungan industri pelancongan negara serta kembali menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terpilih di peringkat global.

Katanya, matlamat itu akan dapat dicapai melalui pendekatan utama yang merangkumi pengukuhan daya saing, pembangunan sektor pelancongan secara lestari dan inklusif serta kesediaan mengharungi bencana pada masa akan datang.

“Oleh itu, dengan adanya Tourism Dashboard ini, semua pihak dapat menggunakannya bagi melihat dan mengetahui perkembangan industri pelancongan dengan lebih holistik. Tourism Dashboard ini boleh dicapai melalui https://www.dosm.gov.my/tourismDB. ,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN