TNB sumbang RM100,000 kepada penggiat seni - Utusan Malaysia

TNB sumbang RM100,000 kepada penggiat seni

KETUA Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol (tiga kiri) dan Omar Sidek (kiri) bergambar bersama sebahagian daripada penerima sumbangan TNB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui Kelab Kilat Kuala Lumpur (KKKL) menyumbang sebanyak RM100,000 kepada golongan penggiat seni yang terkesan berikutan penularan pandemik Covid-19.

Yang Dipertuanya, Datuk Omar Sidek berkata, sumbangan diharap dapat meringankan beban mereka yang mengalami masalah kesihatan, keuzuran dan terputus punca pendapatan berikutan pandemik.

Katanya, sumbangan yang julung kali itu menyasarkan 100 orang penggiat seni dan sehingga ini seramai 30 orang sudah menerima sumbangan tersebut.

“Ia juga menzahirkan penghargaan kami kepada penggiat seni tanah air. Sudah setahun pandemik menyerang seluruh dunia, dan kita (TNB) sangat memahami banyak organisasi mahu pun individu termasuk para penggiat seni yang terjejas pendapatan sekali gus hilang mata pencarian.

“Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa dekat bersama masyarakat, TNB berharap sumbangan itu mampu memberikan sedikit sinar kepada penerima menjelang Ramadan tidak lama lagi”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan itu meliputi kepada beberapa penggiat seni termasuk Persatuan Artis Veteran Malaysia.

Sementara itu, Anggota Kumpulan KOOL, Mohd Khairi Yaacob berkata, bantuan tersebut sedikit sebanyak mampu membantu membiayai kehidupan mereka.

Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Ditakdirkan Kita Bersama, Mac Ruhayu Mohd Noor berkata, pihaknya sangat bersyukur atas sumbangan oleh pihak TNB berkenaan.

“Saya mewakili artis era 1990-an mengucapkan ribuan terima kasih kepada TNB kerana bersunguh-sunguh memberikan bantuan dan sumbangan kepada kami, para artis. Semoga segala perjalanan bisnes TNB dipermudahkan dan setiap warga kerja TNB dilindungi dan dirahmati”, katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya