Tindakan tegas ke atas penerbit, pelakon video judi - Utusan Malaysia

Tindakan tegas ke atas penerbit, pelakon video judi

TANGKAP layar video berdurasi dua minit 48 saat berkenaan iklan Aidilftri dari syarikat perjudian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyokong usaha pihak yang berwajib dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menerbitkan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Aidilfitri.

Ketua Unit Komunikasi Korporatnya, Zakaria Othman berkata, video tersebut telah menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Katanya, tindakan perlu dikenakan kepada pihak yang bertanggungjawab dalam perkara ini mengikut lunas undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Jakim memandang serius dan menentang keras perbuatan seumpama ini sekiranya benar ia berlaku lebih-lebih lagi ketika umat Islam di negara ini sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia ini.

“Seluruh masyarakat khususnya umat Islam diseru agar tidak menularkan video tersebut kerana ia boleh memberikan kesan yang tidak baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, umat Islam juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam apa jua aktiviti perjudian termasuk membantu dalam mempromosikan perjudian yang jelas bertentangan dengan hukum syarak.

Utusan Malaysia melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat video berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya kini sedang mengesan penerbit dan pelakon yang terlibat dalam video tular yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Terdahulu, tular klip video lagu raya berdurasi dua minit dan satu saat yang memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita.

Lirik video berkenaan menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan duit yang turut memaparkan kandungan menarik minat orang ramai mencuba permainan itu untuk mencari duit raya.

Iklan berkenaan juga menasihatkan orang ramai supaya tidak susah hati dengan perbelanjaan menjelang sambutan Aidilfitri ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya