Timbalan menteri pun terkejut harga air kosong RM1 - Utusan Malaysia

Timbalan menteri pun terkejut harga air kosong RM1

ROSOL Wahid (tengah) melawat gerai pameran selepas merasmikan Jelajah Francais Bay Terengganu di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sangat menyedihkan tapi itulah realitinya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 84 notis terhadap peniaga yang menjual air kosong pada harga tidak munasabah melebihi RM1.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, Kelantan merekodkan jumlah kes tertinggi dengan sebanyak 14 notis manakala Selangor (12), masing-masing lapan untuk Sarawak, Sabah dan Johor di samping Pahang (tujuh) serta Terengganu (enam).

Katanya, lima notis lagi dikeluarkan di Kuala Lumpur, Melaka (empat) di samping tiga (Labuan dan Pulau Pinang) serta dua (Perak, Negeri Sembilan dan Perlis).

“Berdasarkan Op Catut 8.0 dari 7 April hingga kini, sebanyak 84 notis dikeluarkan kepada peniaga premis makanan yang menjual air kosong melebihi RM1.

“Sepatutnya mungkin antara RM0.20 hingga RM0.30 sahaja tetapi kalau RM1 saya rasa itu tidak munasabah,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Jelajah Francais Bay Terengganu di pusat beli-belah Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosol berkata, pihaknya turut memantau aktiviti jualan motosikal di sekitar Lembah Klang yang didakwa cenderung mahukan pelanggan membeli secara ansuran berbanding tunai.

“Saya ada menerima aduan daripada pelanggan yang mengatakan sukar membeli motosikal secara tunai dan jika ada laporan peniaga menekan pelanggan, KPDNHEP boleh siasat.

“Mungkin ada kesalahan yang boleh dikenakan tindakan terutama jika peniaga menetapkan harga berbeza bagi pembelian motosikal secara tunai atau ansuran bulanan,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya