Timbalan Menteri Pelancongan: Guandee Kohoi angkat sumpah esok - Utusan Malaysia

Timbalan Menteri Pelancongan: Guandee Kohoi angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka menerima seorang timbalan menteri baharu.

Setiausaha Agung Parti STARSABAH, Senator Datuk Guandee Kohoi dijadual mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri bagi kementerian itu esok.

Guandee telah dilantik menjadi Senator pada 16 Disember lalu.

Memetik laporan Bernama, majlis angkat sumpah itu akan berlangsung pada jam 10.30 pagi di Istana Negara.

Terdahulu, jawatan tersebut disandang oleh Presiden Parti STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang kemudiannya meletak jawatan apabila dilantik sebagai timbalan Ketua Menteri II Sabah.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kabinet yang besar iaitu seramai 32 menteri dan 38 timbalan menteri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya