Tiga maut kemalangan kereta, motosikal - Utusan Malaysia

Tiga maut kemalangan kereta, motosikal

KEADAAN kereta Proton Wira yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kematian di Kampung Padang Lanjut, Kuala Nerang, Padang Terap, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP:  Tiga lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Jalan Kampung Padang Lanjut, Kuala Nerang di sini, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 4.45 petang tadi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kemalangan didapati melibatkan sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, terdapat empat mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang mana dua daripada mangsa yang tersepit di dalam kereta dikeluarkan anggota bomba.

“Kedua-dua mangsa itu disahkan telah meninggal dunia.

“Dua lagi mangsa merupakan penunggang dan pembonceng motosikal dengan salah seorang mangsa meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya