Tiga kadar zakat fitrah di Kedah - Utusan Malaysia

Tiga kadar zakat fitrah di Kedah

FADZIL Awang (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman (kanan) pada sidang akhbar ketetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021, di Menara Zakat di Alor Setar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan zakat fitrah tahun ini pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 dan RM21 berdasarkan harga beras gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk negeri ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang memberitahu berkata, penetapan harga zakat itu adalah berdasarkan kadar timbangan satu gantang Baghdad atau 2.6 kilogram beras.

“Kadar RM7 adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis super special tempatan dan setaraf dengannya, sementara RM14 adalah daripada beras jenis super import, beras perang, beras pulut, herba ponni, beras wangi dan setaraf dengannya.

“Kadar RM21 pula adalah untuk umat Islam yang menjadikan makanan hariannya daripada beras jenis basmathi, beras Jepun, beras merah dan setaraf dengannya,” katanya pada sidang akhbar ketetapan kadar zakat fitrah Kedah 2021 di Menara Zakat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agihan Zakat dan Ahli Lembaga Zakat Kedah berkata, LZNK mensasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini sebanyak RM11.5 juta dengan anggaran peningkatan sebanyak RM900,000 berbanding kutipan tahun lepas sebanyak RM10.6 juta.

Jelasnya, sasaran itu seiring dengan situasi orang ramai yang dapat kembali bekerja berbanding tahun lalu ramai terkesan dan tidak boleh keluar bekerja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tahun lalu kita tetapkan kadar zakat fitrah pada empat kadar iaitu RM5, RM7, RM14 dan RM21. Kadar RM5 diumumkan pada 2020 bagi memberi ruang kepada golongan kurang berkemampuan menunaikan kewajipan itu semasa penularan Covid-19.

“Bagaimanapun kita dapati ramai memilih membayar zakat fitrah pada kadar RM7 walaupun terdapat pilihan RM5. Jadi tahun ini kita jangka akan berlaku peningkatan kutipan,” katanya.

Fadzil berkata, umat Islam juga digalakkan untuk membayar menerusi dalam talian bagi mengelak penularan Covid-19.

“Terdapat lima cara membayar zakat tersebut termasuk laman web, Jom Zakat, aplikasi mudah alih Zakat On Touch yang boleh dimuat turun dari laman web Zakat Kedah, QRPay! dan e-Wallet, amil fitrah dan kaunter bayaran zakat,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata sebagai persediaan menghadapi Ramadan dan Syawal pada tahun ini, LZNK melancarkan program sumbangan ayam segar yang dinamakan sebagai Program Infak Aidilfitri kepada hampir 13,000 asnaf di Kedah.

Jelasnya, LZNK mensasarkan sumbangan sebanyak tiga ekor ayam bagi setiap keluarga asnaf dengan anggaran bernilai RM522,000.

“Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian menerusi Portal Asnaf Care https://asnafcare.com.my,”katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya