Tidak menang tangan layan tempahan Dodol Malaya - Utusan Malaysia

Tidak menang tangan layan tempahan Dodol Malaya

MOHD. Fakhruzzaman Abdul Muin menunjukkan Dodol Malaya yang siap dibungkus untuk dijual di Kampung Serom, Tangkak, Johor. – UTUSAN/FARAHWAHIDA AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Menjelang minggu akhir Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal, pengusaha makanan tradisional Dodol Malaya di Kampung Serom, di sini tidak menang tangan me­nyiapkan tempahan pelanggan.

Muhammad Muammar Awaludin, 33, berkata, lazimnya menjelang saat akhir Ramadan dia akan menyiapkan tiga kawah untuk menghasilkan 300 kilogram (kg) manisan pencuci mulut itu.

Menurutnya, Dodol Malaya dimasak secara tradisional menggunakan arang kayu sebagai sumber api.

“Kita guna arang sebab mahu mengekalkan rasa dan aroma tradisional dodol, kalau guna dapur gas rasa dodol tak kick,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Muhammad Muammar ber­kata, tepung beras pulut merupakan bahan utama untuk menghasilkan dodol yang akan dicampurkan dengan santan segar, gula melaka, sedikit garam dan dimasak di atas api yang sederhana selama 10 jam.

“Kami guna pati santan segar yang diperah secara manual, kami tak guna santan kotak sebab rasa lemak lain,” katanya.

Mengimbau kembali ketika mula bertatih mengusahakan dodol, Muhammad Muammar berkata, resipi masakan manisan tradisional itu dipelajari daripada bapa saudaranya sebelum memulakan bisnes sejak lima tahun lalu.

Jelasnya, selepas tiga tahun menghasilkan dodol tanpa jenama, rakannya, Mohd. Fakhruzzaman Abdul Muin, 36, mengeluarkan idea supaya manisan dihasilkannya itu diberi nama Dodol Malaya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya