Tidak anggap jawatan Presiden UMNO sebagai nikmat hidup - Utusan Malaysia

Tidak anggap jawatan Presiden UMNO sebagai nikmat hidup

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menganggap kedudukannya sebagai Presiden UMNO sebagai nikmat hidup, sebaliknya satu amanah yang perlu digalas demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau bertanggungjawab penuh dalam memelihara kemaslahatan parti, jutaan ahlinya dan seluruh rakyat tanpa prejudis.

“Insya Allah Presiden UMNO akan tetap memimpin dengan penuh tawaduk dan kesabaran,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Nama Ahmad Zahid kini hangat diperkatakan di dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO apabila beliau dikaitkan dengan satu video tular berkenaan pembualan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam rakaman kira-kira empat minit itu, suara mirip Anwar didengar memuji individu yang memiliki suara seakan Ahmad Zahid kerana berjaya mengendalikan Perhimpunan Agung UMNO.

Selain itu, suara yang didakwa Ahmad Zahid itu berkata, apa yang diucapkan ketika Perhimpunan Agung UMNO hanya bersifat taktikal.

Tindakan itu menyebabkan beberapa pemimpin UMNO mendesaknya meletakkan jawatan kerana ia seolah-olah membelakangkan keputusan parti yang memutuskan menolak kerjasama dengan PKR dan DAP, namun ia dinafikan oleh Ahmad Zahid sendiri.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan, menjadi lumrah dalam diri seorang pemimpin untuk mempunyai sifat sabar agar segala
cabaran ditempuhi dapat penuh berhemah.

Justeru, beliau menambah amalan fitnah tidak akan melemahkan jika diri dibentengi nilai kesabaran.

“Bermaksud sabar mendekatkan diri kita dengan Allah yang merupakan kekuatan jiwa orang mukmin. Lawan kepada sabar iaitu tamak dan gelojoh. Mereka yang tiada sabar akan bersikap gelojoh dan tamak.

“Gelojoh untuk memuaskan hasrat hati tanpa mempedulikan erti kebenaran dan kejujuran. Lawan kepada sifat sabar pentingkan diri. Tidak peduli kepada yang lain demi kemahuan diri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya