Tiada perbualan antara saya dengan Anwar - Utusan Malaysia

Tiada perbualan antara saya dengan Anwar

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan wujud perbualan telefon antara dirinya dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menunjukkan dua pemimpin itu saling berterima kasih dan menyatakan rasa senang hati selepas UMNO bersetuju memutuskan hubungan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN).

Ahmad Zahid berkata, beliau akan mengambil tindakan terhadap tuduhan itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan (Datuk Seri) Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

“Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Awal pagi tadi, sebuah portal berita mendedahkan fail rakaman audio perbualan telefon yang tular di media sosial dan aplikasi perbualan dalam talian mengaitkan dua pemimpin itu.

Rakaman telefon itu dipercayai berlaku beberapa jam selepas ucapan penggulungan Ahmad Zahid ketika PAU mengumumkan mandat yang diperolehnya.

Ahmad Zahid menganggap perkara itu merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.

“Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

“Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya