Tiada guna kerajaan majoriti besar tapi tidak berintegriti - Utusan Malaysia

Tiada guna kerajaan majoriti besar tapi tidak berintegriti

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada gunanya kerajaan mempunyai majoriti besar tetapi tidak berintegriti.

Penegasan itu dibuat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menjelaskan nilai integriti tersebut semakin pudar apabila berbohong kepada rakyat bagi mencapai matlamat sesetengah pihak.

Bagaimanapun, kenyataan Hadi itu tidak menyebut mana-mana pihak, namun, menjelaskan Islam terdahulu memulakan pemerintahan dengan kuasa minoriti.

Akhirnya, ia diterima masyarakat bukan Islam kerana keadilan yang dibawa kepada semua bangsa.

“Apakah faedahnya jika sekadar mendapat jumlah sokongan majoriti yang besar tetapi tidak berintegriti, sekiranya pada awal lagi sudah mula berbohong kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan majoriti.

“Berbohong itu sahaja sudah cukup untuk menjadi tanda hilangnya integriti, yang pasti mengundang semua perangai buruk yang lain, termasuk menjadi kleptokrat.

“Kehilangan integriti pemimpin diikuti dengan kelemahan kerajaan dan penamatnya dengan kemusnahan negara,” katanya dalam tulisan Minda Presiden yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Penulisan tersebut kali ini adalah bagi mengulas lanjut tentang ‘Tawaran kerajaan selamatkan rakyat: Negara berkebajikan membawa berkat’.

Umum mengetahui Pas kini memperkukuhkan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerajaan yang dibina.

Hubungan Pas dengan UMNO juga dilihat tidak jelas selepas UMNO membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, terdapat negara yang musnah kerana berlakunya kezaliman, keruntuhan moral dan salah laku.

“Terdapat negara yang dimusnahkan kerana berlakunya kezaliman, bahkan berlakunya keruntuhan moral, salah laku dan sebagainya.

“Semua perkara itu berlaku berpunca daripada tidak beriman dan budiman, sehingga ilmu dan kebijaksanaannya digunakan untuk menipu rakyat. Akhirnya rakyat menjadi mangsa kerana bersama menyokongnya,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya