Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini - Utusan Malaysia

Tiada bazar Ramadan di Sabah tahun ini

Masidi Manjun
MASIDI MANJUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan aktiviti Bazar Ramadan di Sabah sempena Ramadan tahun ini.

Walaupun aktiviti itu dibenarkan di peringkat persekutuan namun, kerajaan Sabah mengambil pendekatan berbeza susulan peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira keadaan kes Covid-19 di negeri Sabah yang masih belum stabil dan telah wujud beberapa kluster baharu akibat penganjuran majlis sosial dan keramaian.

Di samping itu, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini juga masih rendah.

Setakat ini, sebanyak 55,294 kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Sabah dengan 399 kes kematian. Untuk hari ini, sebanyak 60 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Di peringkat Persekutuan, aktiviti bazar Ramadan dibenarkan untuk dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang lebih ketat dan kemas.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya