Tiada arahan wajib staf ‘like’ dan ‘share’ akaun sosial menteri, timbalan - Utusan Malaysia

Tiada arahan wajib staf ‘like’ dan ‘share’ akaun sosial menteri, timbalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi dan Multimedia menafikan dakwaan kononnya semua kakitangannya diwajibkan ‘like’ dan ‘share’ akaun media sosial menteri dan timbalannya.

Menerusi kenyataan di sini hari ini, kementerian berkenaan turut memaklumkan bahawa tiada sebarang arahan pun pernah dikeluarkan menteri berhubung perkara tersebut.

“Kementerian ini juga sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangan bersama-sama dalam menyokong hebahan maklumat kepada khalayak melalui platform media sosial,” katanya.

Kenyataan berkenaan merujuk muat naik status Facebook yang tular sejak semalam mendakwa kononnya Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah ada mewajibkan perkara itu.

Tangkap layar hantaran itu memaparkan arahan Unit Komunikasi Korporat kementerian berdasarkan keputusan mesyuarat pengurusan tertingginya.

Pekeliling dalaman kementerian berkenaan dipercayai mengarahkan semua kakitangan mengisi borang pemantauan aktiviti media sosial sebagai bukti arahan itu telah dipatuhi.

Hantaran pelik itu mendapat perhatian luar biasa warganet tempatan yang mempersoalkan arahan kementerian memaksa pekerja untuk menyukai akaun sosial ketua mereka sendiri.

Lebih aneh, petugas kementerian tersebut yang belum ada lagi akaun platform Facebook, Instagram dan Twitter pula diwajibkan membuka ketiga-tiga media sosial itu untuk dipantau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya