Terengganu teruskan operasi bazar Ramadan di 69 lokasi - Utusan Malaysia

Terengganu teruskan operasi bazar Ramadan di 69 lokasi

ALIAS RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Operasi bazar Ramadan di 69 lokasi di seluruh negeri membabitkan sebanyak 4,326 petak niaga tetap diteruskan, bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, tiada mana-mana bazar yang dibatalkan termasuk di Hulu Besut di Besut berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kampung di kawasan berkenaan hingga 20 April ini.

Katanya, penganjuran bazar Ramadan mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti pengambilan suhu badan, pemakaian pelitup muka dan penggunaan cecair pembasmi kuman.

“Pemeriksaan mendapati tiada bazar Ramadan di kawasan PKPD yang diwartakan di Hulu Besut.

“Malah, berdasarkan rekod Majlis Daerah Besut tiada peniaga dari kawasan PKPD yang berniaga di bazar Ramadan lain,” katanya hari ini.

Tiga kampung yang dikenakan PKPD itu ialah Kampung Belaoh, Kampung PPRT Belaoh Baru dan Kampung Keruak.

Menurut Alias, daripada 69 lokasi bazar Ramadan itu, 22 adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya