Tawau dikenakan PKP dua minggu - Utusan Malaysia

Tawau dikenakan PKP dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Selepas Nawaban tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 31 Mac lalu, kini Tawau pula dikenakan PKP selama dua minggu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini secara kumulatif, sebanyak 137 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.

“Pelaksanaan PKP bagi memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar dan mengawal pergerakan penduduk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, PKP tersebut yang akan bermula esok sehingga 16 April ini membolehkan pihak kementerian tersebut mengekang penularan jangkitan dalam komuniti di lokaliti yang terlibat.

Pelaksanaan itu dibuat setelah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun mengesahkan kes indeks calon penjawat awam dan jurujual alat komunikasi.

Ia melibatkan dua kluster baharu di Tawau iaitu Kluster Semarak yang berpunca daripada kenduri arwah serta Kluster Ranggu daripada individu terlibat menjalani saringan bergejala.

Sementara itu Ismail Sabri memaklumkan, PKP Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan, Sabah yang juga bermula esok.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan sebanyak 290 ujian saringan dan daripada jumlah tersebut, seramai 33 individu didapati positif Covid-19,” kata beliau.

Kementerian itu tambahnya, turut mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh satu minggu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

Turut dikenakan PKPD untuk tempoh yang sama ialah dua lokaliti berbeza di Sarawak iaitu Kampung Baji, Sarikei dan Sungai Rassau, Batang Igan, Daerah Matu, Bahagian Mukah.

Kluster Kampung Baji dikesan pada 31 Mac lalu telah menyaksikan 20 kes positif dalam masa lima hari manakala di Sungai Rassau, tujuh kes daripada 43 ujian saringan telah dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya