Tahun kedua berbuka di lokasi SJR - Utusan Malaysia

Tahun kedua berbuka di lokasi SJR

ZAINAH Awang Ngah (dua dari kanan) berbuka puasa dengan petugas barisan hadapan daripada pelbagai agensi di kawasan SJR Paya Berenjut di sempadan Terengganu-Pahang di Kemaman, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kerjaya sebagai sukarelawan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyebabkan Zainah Awang Ngah, 43, tidak terkecuali daripada situasi berbuka puasa di lokasi tugasan termasuk di kawasan sekatan jalan raya (SJR).

Zainah berkata, Ramadan kali ini adalah tahun kedua dia berbuka tanpa keluarga sepanjang lapan tahun berkhidmat dalam pasukan barisan hadapan berikutan pandemik Covid-19.

Menurut ibu kepada lima anak berusia antara 10 tahun hingga 17 tahun itu, walaupun tidak dapat berbuka bersama insan tersayang, dia tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab menyediakan juadah buat keluarganya.

“Sejak tahun lepas, jika syif kerja saya bermula dari pukul 4 petang hingga 12 tengah malam, memang saya berbuka bersama kawan-kawan di lokasi bertugas.

“Kebiasaannya saya memasak lebih awal sebelum pergi kerja dan kadangkala suami turut membantu menyediakan hidangan di dapur,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SJR Paya Berenjut di sempadan Terengganu-Pahang, di sini baru-baru ini.

Zainah berkata, ketika kali pertama terpaksa berbuka puasa tanpa keluarga pada tahun lalu, dia tidak menafikan timbul rasa sedih mengenangkan keadaan anak-anak dan suami di rumah.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman itu banyak mengajarnya erti pengorbanan terutama dalam bersama-sama kerajaan untuk berjuang menentang Covid-19.

“Alah bisa, tegal biasa. Pada awalnya memang agak kekok dan sedih apabila terpaksa berbuka di tepi jalan raya hingga kadangkala makan nasi agak lewat kerana tugasan, di samping memikirkan anak-anak serta suami di rumah.

“Tetapi kini semuanya sudah jadi kebiasaan dan saya pun sudah tidak bimbang kerana keluarga dapat berbuka dengan juadah yang saya sediakan lebih awal sebelum keluar bekerja,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya