SWCorp susun semula jadual kutipan sisa pepejal - Utusan Malaysia

SWCorp susun semula jadual kutipan sisa pepejal

SHARUDIN Hamid (kiri) memperkatakan sesuatu kepada Abd. Rahim Muda (kanan) dan Hamdan Hussin (tengah) ketika mengadakan lawatan kebersihan jalan pantai serta persisiran pantai di Pantai Sepat di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Bagi menyelesaikan isu lambakan sampah, Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pahang disaran menyusun semula jadual kutipan sisa pepejal domestik berikutan hampir seluruh warga kerja syarikat konsesi, Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) di sini menjalani tempoh kuarantin.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Abd. Rahim Muda berkata, penyusunan itu bagi membolehkan pekerja dari daerah lain digerakkan bagi membantu menguruskan sisa pepejal domestik.

“Sehari dua ini kutipan sisa pepejal domestik memang akan terganggu. Tetapi kita yakin dalam waktu terdekat perkara itu dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

“Setakat ini pekerja yang digerakkan dari daerah lain sudah menjalankan operasi kutipan bukan sahaja waktu siang malah di waktu malam,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kebersihan jalan pantai dan persisiran pantai di Pantai Sepat di sini hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Datuk Hamdan Hussin dan Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid.

Terdahulu, akhbar melaporkan 558 kakitangan Alam Flora terpaksa menjalankan kuarantin dua minggu selepas lapan pekerjanya positif Covid-19.

Sementara itu, Sharudin menyeru orang ramai memastikan plastik sampah diikat dengan betul dan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelak bau yang tidak menyenangkan sementara kutipan sampah dilakukan.

“Kalau boleh, ikat sisa sampah dengan betul, jika ada sisa yang boleh dikitar semula, perlu diasingkan.

“Namun sekiranya ada penduduk yang tidak keberatan, boleh membuang sampah di tong sampah berpusat dalam tempoh sehari dua ini jika kutipan sampah belum dibuat di kawasan masing-masing,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya