Sultan Selangor seru rakyat jangan ragu-ragu terima vaksin - Utusan Malaysia

Sultan Selangor seru rakyat jangan ragu-ragu terima vaksin

SULTAN SELANGOR dan Tengku Permaisuri Selangor selesai menerima dos kedua vaksin Covid-19.IHSAN FACEBOOK SELANGOR ROYAL OFFICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru rakyat jelata di semua peringkat umur supaya tidak ragu-ragu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Titah Sultan Selangor, suntikan vaksin Covid-19 itu adalah demi kesejahteraan dan kesihatan bersama.

“Beta menggesa rakyat agar segera melakukan pendaftaran di aplikasi My Sejahtera dan bersabar menanti giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan,” titah baginda menerusi laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office di sini hari ini.

Terdahulu, baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Shah Alam.

Baginda berkenan untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini selepas dimaklumkan bahawa hampir kesemua petugas-petugas barisan hadapan di Selangor telah pun mendapatkan suntikan vaksin masing-masing.

Suntikan dos kedua itu dibuat selepas 21 hari Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Norashikin berdua menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 pada 20 Mac lalu.

Turut menerima suntikan dos kedua, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya