'Sudah 30 tahun bercucuk tanam, permohonan TOL tak dibalas' - Utusan Malaysia

‘Sudah 30 tahun bercucuk tanam, permohonan TOL tak dibalas’

MUSA Harun menunjukkan tiang pagar yang dirobohkan pihak berkuasa di tanah kebun yang diusahakannya di Kampung Banjar, Teluk Intan. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang pekebun sayur di sini kesal kerana masih tidak diberikan lesen pendudukan sementara (TOL) di tanah kebun sayur seluas kira-kira 1.2 hektar yang diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Musa Harun, 64, di Simpang 3, Kampung Banjar di sini mengusahakan tanah itu dengan tanaman sayur seperti timun, cili dan kacang malah ia merupakan sumber pendapatan untuk dia menyara keluarganya.

Daripada tanah hutan yang kosong, dia mengusahakan tanah itu sejak 30 tahun lalu hingga menjadi tanah kebun namun permohonan untuk tanah TOL tidak diluluskan.

Malah dia bimbang kemungkinan tidak lagi dibenarkan mengusahakan tanah selepas pagar yang sedang dibinanya di sekeliling kawasan kebun berkenaan telah dirobohkan penguat kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak kira-kira seminggu lalu.

“Berikutan kejadian itu, saya tidak tahu sama ada masih boleh atau tidak mengusahakan tanah kebun ini.

“Sudah berkali-kali saya memohon TOL tapi tidak dibalas. Saya tahu ini tanah rizab tapi saya memohon TOL sebab sudah lama, sudah 30 tahun saya usahakan tanah ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Anaknya, Mohd. Johan, 36, yang turut membantu mengusahakan tanah berkenaan juga kecewa dan menyifatkan keadaan dia dan bapanya seperti menumpang di tanah orang lain.

“Saya harap pihak yang berkenaan melihat isu ini, kami bukan mahu buat rumah di tanah ini, kami mahu mencari rezeki,” katanya.

Masalah itu mendapat perhatian Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminta kerajaan menyelesaikannya.

Naib Presiden Putra, Datuk Hamidah Osman berkata, tidak wajar kerajaan tidak memberi perhatian terhadap masalah itu yang melibatkan orang Melayu.

“Kenapa bila orang Melayu yang meneroka tanah rizab, ia mahu dirampas tanpa mengadakan perbincangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya