Stor dewan jadi tempat berteduh Aziz, dua anak - Utusan Malaysia

Stor dewan jadi tempat berteduh Aziz, dua anak

NURUL Adila Aziz dan Ammar Haziq bersama bapa mereka, Aziz Ahmad menumpang di bilik kecil dewan serbaguna di Sungai Ara, Pulau Pinang sejak kira-kira tiga bulan lalu kerana tidak mampu menyewa rumah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Ketika remaja sebaya mereka menjalani ibadah puasa dalam serba mencukupi bersama keluarga, berlainan pula nasib menimpa dua beradik di Sungai Ara dekat sini.

Ini apabila Rama­dan kali ini disambut dalam stor kecil yang menjadi kediaman mereka sejak kematian ibu.

Nurul Adila Aziz, 16, dan adik­nya, Ammar Haziq, 14, ber­sama bapa mereka, Aziz Ahmad, 58, menumpang teduh da­lam bilik kecil di dewan ser­ba­guna di Sungai Ara dengan hanya beralaskan cadar sebagai pela­pik tidur sejak kira-kira tiga bulan lalu kerana tidak mampu menyewa rumah.

Dewan berkenaan kini dijadikan sebagai tempat refleksologi dan rawatan perubatan Islam di samping digunakan penduduk untuk mengadakan majlis kenduri.

Keluarga berkenaan ditempatkan sementara di situ selepas kisah mereka yang tinggal di sebuah bangsal berhampiran persimpangan lampu isyarat di situ tular dalam Facebook, Ja­nuari lalu.

Nurul Adila yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda berkata, kehidupan mereka berubah selepas kematian ibu, Sharifah Hashim akibat kencing manis dua tahun lalu.

Katanya, dia sedih menge­nangkan nasib yang menimpa mereka terutama bapanya yang bekerja sebagai pengawal kese­lamatan di sebuah perumahan flat di Bayan Lepas.

“Saya dan adik tidak sanggup tinggal dalam keadaan sebegini apatah lagi pada Ramadan. Ini merupakan pertama kali kami menjalani ibadah puasa dalam keadaan serba kekurangan.

“Saya dan adik terpaksa kuat demi melihat bapa gembira biar­pun kami amat sedih de­ngan apa yang berlaku terma­suk kehilangan ibu tercinta.

“Keadaan bilik yang sempit dan kosong membuatkan kami tidak selesa termasuk untuk mengulang kaji pelajaran. Pernah kami tidak pergi ke sekolah beberapa hari kerana tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi serta pakaian tidak ke­ring,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu Aziz berkata, dia berharap ada pihak sudi membantu menguruskan tempat tinggal atau membantu memindahkan mereka sekeluarga ke tempat lebih selesa dengan kadar segera demi keselamatan anak-anaknya.

“Saya bekerja dari pukul 8 malam hingga 8 pagi dengan gaji RM1,500 sebulan. Jumlah tersebut tidak mampu untuk membayar sewa sebuah rumah kecuali bilik pada harga RM250.

“Saya kini hanya memikirkan tempat berteduh yang selesa dan selamat untuk anak-anak demi kehidupan dan pelajaran mereka. Untuk diri sendiri, saya tidak kisah tinggal di bangsal yang sedia ada ini,” katanya dalam nada sebak.

Aziz yang berasal dari Su­ngai Ara memberitahu, sebelum kematian isterinya, mereka sekeluarga tinggal di Kedah dan berpindah semula ke negeri ini.

Tambahnya, dia dan arwah isteri pernah mengusahakan sebuah kedai minuman di sini dan memiliki kediaman sendiri di flat berhampiran.

Bagaimanapun kerana ma­salah kewangan, rumah kos rendah itu terpaksa dilelong oleh bank disebabkan gagal membayar hutang bulanan.

Terdahulu, Aziz turut dikunjungi Pengerusi Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd. Zin dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Anak Jati Melayu Pulau Pinang (Pajim), Jaafar Osman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya