PETALING JAYA: Skim kawalan harga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depan seolah-olah tidak lagi berkesan apabila ada beberapa harga barang yang tetap meningkat dengan luar biasa setiap kali tiba bulan Ramadan. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusoff Abdul Rahman berpendapat, ia boleh dibuktikan menerusi tindakan segelintir peniaga dan pembekal yang mengambil kesempatan menaikkan harga jualan sebelum skim kawalan harga dilaksanakan. Disebabkan itu, katanya, harga barang terus naik setiap kali bulan Ramadan meskipun skim kawalan harga dilaksanakan. “Memandangkan semua orang tahu skim kawalan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya