Simulasi kemalangan bas membawa 20 'pesakit' Covid-19 gemparkan penduduk - Utusan Malaysia

Simulasi kemalangan bas membawa 20 ‘pesakit’ Covid-19 gemparkan penduduk

SIMULASI bagi menguruskan kemalangan membabitkan pesakit Covid-19 di Jalan Maran -Jengka di Maran, Pahang. UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seramai 20 penumpang bas ‘pesakit’ Covid-19 yang dalam perjalanan ke Hospital Jengka di sini cedera parah dan dua maut dalam kejadian kemalangan di Jalan Maran -Jengka di sini.

Orang ramai yang melalui jalan itu kelihatan terkejut melihat ‘tragedi’ tersebut di depan mata tanpa menyedari ia hanya lakonan semata-mata.

Simulasi yang membabitkan pelbagai agensi antaranya Hospital Jengka, tenaga pakar Hospital Kuantan, Temerloh dan Jerantut, Pusat Kesihatan Daerah, Polis Diraja Malaysia,(PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat ,(JBPM), Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Cawangan Pahang Jengka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Hospital Jengka, Dr. Mohd. Sharafana Senasi Abdullah berkata, simulasi itu bertujuan mewujudkan keseragaman dan keselarasan tindakan menangani situasi kecemasan membantu pesakit kemalangan.

Katanya, dalam situasi itu faktor kecekapan dan bertindak dengan tepat penting bagi menyelamatkan nyawa pesakit Covid-19 terutama dalam kondisi menyelamat di tempat kejadian ke hospital.

Dalam konteks berkenaan katanya, faktor kesiapsiagaan penting kepada doktor, jururawat, pemandu serta pihak berkaitan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ditetapkan.

“Simulasi ini sangat penting bagi mendidik semua pihak dan memberikan pengalaman berguna jika situasi sebenar terjadi di lapangan.

“Simulasi bermula apabila sebuah bas yang membawa 20 pesakit Covid-19 lakonan mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang ke Hospital Jengka terlibat kemalangan dengan sebuah van di simpang jalan,” katanya selepas mengikuti simulasi itu Jalan Utama Jengka Maran di sini semalam.

Mohd. Sharafana Senasi berkata, lakonan simulasi yang membabitkan kemalangan pesakit Covid-19 itu adalah paling ramai dan terbesar di negara ini.

Beliau mengakui berpuas hati dengan simulasi itu yang membabitkan pelbagai agensi bergabung tenaga memberi perkhidmatan terbaik kepada mangsa.

“Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan kecil yang boleh diperbaiki sekiranya berlaku kejadian sebenar,” katanya.

Seorang pelakon pesakit Covid-19, Anis Izatti Suhaizat, 21, mengakui melalui pengalaman sebagai pesakit dan terlibat kemalangan adalah sangat mengerikan walaupun hanya lakonan semata-mata.

Beliau memuji usaha Hospital Jengka dengan kerjasama pelbagai agensi dalam menjayakan simulasi berkenaan.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya