Siasat lebih 20,000 ikan patin, tilapia mati di Sungai Pahang - Utusan Malaysia

Siasat lebih 20,000 ikan patin, tilapia mati di Sungai Pahang

MOHD SOFFI Abd. Razak (kanan) melawat gerai jualan hasil pertanian selepas perasmian Program Engagement Agropreneur Muda di Kampung Budu di Lipis, Pahang hari ini. UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS : Jabatan Perikanan Pahang telah mengambil sampel air termasuk bangkai ikan patin dan tilapia di kawasan ternakan sangkar untuk tujuan siasatan serta kajian di Kampung Jerantut Feri, dekat sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abd. Razak berkata, sepasukan pegawai jabatan itu sudah mengambl sampel tersebut di kawasan ternakan tiga hari lalu selepas laporan media tentang kejadian lebih 20,000 ekor ikan patin dan ikan tilapia mati.

“Saya dimaklumkan kejadian ini berkemungkinan jumlah ikan yang diternak dalam sesebuah sangkar melebihi ruang dalam atau kapasiti menyebabkan terlalu padat dan tidak memperoleh udara.

“Apapun kerajaan negeri masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Perikanan berhubung punca kejadian ini dan tidak mahu membuat andaian biarlah kita tunggu siasatan selesai,” katanya selepas perasmian Program Engagement Agropreneur Muda di Kampung Budu dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long, Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan negeri, Edasuriati Ibrahim dan Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohd. Hafizi Ibrahim.

Sementara itu, Mohd. Soffi yang juga ADUN Benta meminta petani dan pengusaha yang telah berjaya berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dengan golongan belia di negeri ini yang baharu terbabit dengan usahawan tani.

“Pengusaha dan petani yang telah berjaya selaku ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) wajar memanfaatkan kemahiran dan pengalaman untuk dikongsi dengan belia sama ada melibatkan kursus Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) anjuran Jabatan Pertanian atau hadir ke setiap buah lokasi pertanian berkenaan.

“Kolaborasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan ini amat penting dalam usaha kerajaan mengembangkan sektor pertanian untuk tujuan komersial lebih lagi menambah pendapatan keluarga khususnya negara masih berdepan dengan ancaman Covid-19,” katanya.

Tambahnya, program myGAP yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian negeri ini sejak 2002 telah pun melahirkan sebanyak 1,770 usahawan tani yang telah berjaya melibatkan pasaran produk makanan serta pulangan pendapatan yang lumayan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya