Azlan Pengerusi UMNO Perlis baharu ? - Utusan Malaysia

Azlan Pengerusi UMNO Perlis baharu ?

AZLAN Man (tengah) pada majlis sambutan ulang tahun ke-75 RTM di Kangar, Perlis hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR : Kebelakangan ini, nama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man disebut-sebut mengantikan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis yang baharu.

Menjawab desas-desus tersebut, Azlan menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk kepemimpinan tertinggi parti membuat keputusan mengenainya.

Jelas Azlan yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kangar, beliau juga tidak mengetahui mengenai desas-desus tersebut sebelum ini.

“Saya tidak tahu, ini bukan keputusan saya dan itu adalah pertimbangan pihak yang berkuasa di dalam kepemimpinan parti.

“Soal pelantikan itu (Pengerusi Badan Perhubungan negeri) adalah hak mutlak kepemimpinan di dalam parti tentukan sama ada untuk mengekalkan atau berubah dan ia mesti dihormati,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis sambutan ulang tahun ke-75 RTM di sini hari ini.

Mengulas mengenai keputusan UMNO Kangar menyokong menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat tidak selari dengan pendirian Shahidan, Azlan berkata, perkara itu adalah pendirian peribadi Shahidan.

Katanya, sebagai ahli parti, beliau menghormati keputusan dibuat di peringkat tertinggi parti iaitu menolak kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Kata Azlan, pendirian menolak kerjasama dengan Bersatu adalah keputusan konsesus Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan diabsahkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Pendirian Kangar adalah menghormati keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi. Jika ada pendirian berbeza itu, ia adalah pandangan peribadi individu berkenaan.

“Dan ia juga bukan sesuatu yang janggal apabila ada yang melontarkan pandangan peribadi dalam soal kerjasama itu,” katanya.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan,
selepas UMNO Bahagian Kangar, Pemuda UMNO Arau pula tampil menyokong penuh keputusan MT parti itu yang menolak kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.

Keputusan tersebut sekali gus memberi tamparan kepada Shahidan yang sebelum ini menegaskan pendirian bahawa UMNO Perlis akan terus bekerjasama dengan Bersatu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya