Setahun mentadbir, pembangkang rakan strategik - KM Melaka - Utusan Malaysia

Setahun mentadbir, pembangkang rakan strategik – KM Melaka

SULAIMAN Md. Ali (tengah) melancarkan buku pencapaian setahun pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021. Turut serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan (kiri) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh (kanan) di Hotel Hatten, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Barisan pembangkang di Melaka yang diwakili 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bukanlah musuh politik kepada kerajaan negeri, sebaliknya adalah rakan strategik.

Itu penegasan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sempena pembentangan kad laporan setahun pengambilalihan pentadbiran daripada PH.

Beliau berkata, dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat, ruang politik tidak wajar menjadi ‘daerah kesumat dan dendam’ tetapi menjadi oasis perpaduan dan kestabilan yang akhirnya menyenangkan rakyat.

“Di bawah pimpinan saya, barisan pembangkang bukanlah musuh politik tetapi merupakan rakan strategik di dalam kerajaan yang sama-sama berjuang dalam memberi perkhidmatan terbaik buat negeri ini.

“Saya memberi jaminan dan komitmen seratus peratus bahawa pentadbiran ini terus mengukuhkan prinsip prihatin rakyat. Rakyat akan diberikan tahap perkhidmatan yang terbaik dari masa ke semasa,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pencapaian Kerajaan Negeri Melaka 2020-2021 di Hotel Hatten di sini, hari ini.

Sulaiman yang juga ADUN Lendu mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 menggantikan Adly Zahari pada 9 Mac 2020.

Dalam pada itu, Sulaiman menambah, dalam tempoh setahun pentadbirannya, Melaka berjaya mengutip hasil berjumlah RM393 juta iaitu 108 peratus daripada sasaran sebenar.

Katanya, hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan pula berkurangan sebanyak RM179 juta.

“Dari segi kedudukan kewangan, pencapaian kerajaan negeri adalah amat membanggakan. Kadar pengangguran adalah yang terendah iaitu 1.1 peratus, manakala penduduk Melaka yang bekerja pula adalah seramai 428,300 orang,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya