SELANGOR: Peniaga terpaksa naikkan harga barangan sejak Ramadan - Utusan Malaysia

SELANGOR: Peniaga terpaksa naikkan harga barangan sejak Ramadan

MUHAMMAD sedang menimbang ikan yang dimahukan pelanggannya di Pasar Moden Seksyen 6, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.-UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Keluhan demi keluhan berhubung kenaikan harga barangan runcit semakin ‘meresahkan’ apabila peniaga mendakwa pembekal yang menaikkan harga tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Moden Seksyen 6 di sini mendapati harga ayam proses telah naik RM9 sekilogram berbanding RM8.50 sejak Selasa lalu.

Seorang peniaga ayam yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 52, berkata, dia terpaksa menaikkan harga ayam yang dijualnya kerana pembekalnya turut menaikkan harga.

“Contohnya, hari ini, saya membeli ayam daripada pembekal RM8 sekilogram berbanding RM7.60 beberapa hari lalu. Ekoran situasi ini, saya terpaksa menaikkan harga yang dijual kepada pengguna.

“Saya harap kerajaan siasat harga pembekal serta peladang kerana mereka yang menyebabkan peniaga di pasar terpaksa menaikkan harga ayam,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga daging yang hanya mahu dikenali sebagai Abu Khan, 35, berkata, kenaikan harga daging lembu di pasar, iaitu RM40 sekilogram bagi daging tempatan manakala RM24 bagi daging import telah berlaku selepas Tahun Baru Cina.

Menurutnya, pada mulanya dia cuba untuk tidak menaikkan harga daging kerana tidak mahu membebankan pelanggannya sehingga bulan Mac.

“Namun saya terpaksa naikkan juga harga daging kerana untung yang diterima kecil, selain perlu membayar beberapa pekerja.

“Ini adalah situasi normal bagi peniaga daging ketika bulan Ramadan sehingga kerajaan mengawal beberapa harga barang menjelang Aidilfitri,” katanya.

Dalam pada itu, penjual ikan, Muhammad, 30, berkata, faktor cuaca ketika ini menyebabkan harga beberapa ikan di antara RM1 hingga RM3 sekilogram.

“Hujan lebat di tempat pembekal di Perak menyebabkan harga ikan naik kerana tidak banyak nelayan yang berani untuk turun ke laut.

“Kami hanya untung di antara RM1 hingga RM3 bagi setiap ikan yang dijual,” katanya.

Berkongsi masalah sama, peniaga sayur, Abdul Rashid, 40, meminta kerajaan menyiasat beberapa pasar besar di Lembah Klang yang didakwanya memanipulasi harga jualan sayur kepada peniaga.

“Beberapa jenis sayur yang dibeli daripada pembekal naik di antara RM2 hingga RM3 sekilogram dan saya terpaksa berbuat perkara sama kepada pengguna.

“Kerajaan kena turun padang pantau pasar ini sekiranya tidak mahu peniaga seperti saya menaikkan harga kepada pengguna,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya