Sekolah tutup di Johor meningkat - Utusan Malaysia

Sekolah tutup di Johor meningkat

MAZLAN BUJANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah sekolah yang ditutup di negeri ini disebabkan penularan pandemik Covid-19 meningkat kepada 34 buah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, tiga lagi sekolah ditutup bermula semalam iaitu di daerah ini dan Pontian.

Beliau berkata, penutupan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Tambatan di Johor Bahru.

“Satu lagi adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tan Sri Osman Sa’at di Pontian yang turut ditutup. Tiga sekolah ini yang terbaharu ditutup.

“Sebelum ini 20 sekolah kerajaan manakala 10 lagi sekolah swasta dan satu sekolah agama ditutup,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Semalam, kerajaan negeri mengarahkan 10 Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di empat daerah ditutup bermula antara Ahad lalu hingga 3 Mei ini selepas terdapat penularan wabak pandemik Covid-19.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan penutupan SAKJ melibatkan tempoh yang berbeza mengikut sekolah terbabit iaitu di Mersing, Kota Tinggi dan Kulai serta di daerah ini.

Katanya, tiga murid SAKJ Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dilaporkan positif Covid-19 menyebabkan seramai dua orang guru serta 338 murid terpaksa dikuarantin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya