Sejam pujuk lelaki cuba bunuh diri - Utusan Malaysia

Sejam pujuk lelaki cuba bunuh diri

ANGGOTA bomba memujuk lelaki yang cuba membunuh diri dengan memanjat papan iklan setinggi 15 meter di sebuah terminal bas di Meru, Ipoh. - UTUSAN/GAMBAR IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tindakan seorang lelaki memanjat papan iklan setinggi 15 meter dipercayai untuk membunuh diri gagal selepas dia berjaya dipujuk anggota bomba di sini pagi ini.

Kejadian di sebuah terminal bas di Meru itu disedari orang awam yang kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru.

Ketua BBP Meru, Sharudi Muhamad Halil berkata, sepasukan 14 anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.38 pagi.

Katanya, setibanya anggota di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 41 tahun sedang berdiri sambil memegang palang besi papan iklan berkenaan.

“Lelaki itu yang kelihatan tertekan agak agresif dan enggan didekati apabila mengetahui kehadiran anggota keselamatan.

“Anggota yang turut memanjat papan iklan itu dengan memakai peralatan keselamatan cuba memujuknya sambil menghampiri mangsa pada jarak paling hampir.

“Selepas hampir sejam, mangsa berjaya dipujuk dan dia turun sendiri dari papan iklan tersebut pada pukul 7.55 pagi,” katanya.

Menurut Sharudi, lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya