Segerakan vaksin kepada pengamal media - Saifuddin - Utusan Malaysia

Segerakan vaksin kepada pengamal media – Saifuddin

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menangguhkan dahulu suntikan dos pertama vaksin Covid-19 kerana mahu melakukannya bersama pengamal media.

Saifuddin berkata, beliau sudah meminta supaya pemberian vaksin kepada pengamal media disegerakan memandangkan mereka juga adalah barisan hadapan.

“Saya menangguhkan suntikan vaksin kerana saya mahu terima vaksin bersama dengan pengamal media.

“Tunggu giliranlah sama-sama maknanya, bila saya terima suntikan itu, pengamal media pun akan dapatlah,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai perkembangan kes iklan hari raya berunsurkan aktiviti judi dalam talian di kementeriannya hari ini.

Saifuddin memberi bayangan, vaksinasi membabitkan pengamal media mungkin dibuat dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Saya rasa mungkin dalam fasa dua PICK ini,” ujarnya ringkas.

Fasa dua PICK bermula esok dengan tumpuan agihan vaksin kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan individu yang menghidapi penyakit kronik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya