Segerakan undi18 usaha iktiraf belia - Utusan Malaysia

Segerakan undi18 usaha iktiraf belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Langkah menyegerakan pelaksanaan Undi 18 tahun merupakan satu pendekatan proaktif untuk mengiktiraf hak dan kebolehan golongan muda yang mempunyai pemikiran politik berbeza.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata para belia 18 tahun disifatkan sebagai golongan tidak terikat dengan bebanan sejarah seperti menghantui ramai ahli politik lain.

“Mereka juga tidak begitu terikat dengan afiliasi kepartian yang tetap. Semua ini akan menyumbang kepada pertimbangan yang rasional apabila membuat keputusan politik, lantas menghasilkan persaingan politik antara parti lebih baik dan sihat dalam negara kita. 

“Saya justeru itu menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai pelaksanaan Undi 18. Memang seharusnya sebarang kekangan terhadap pelaksanaan Undi 18 diselesaikan segera oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Takiyuddin dalam kenyataan berkata, SPR akan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan beberapa perkara lagi berkaitan peruntukan undang-undang tertentu dan juga perkara teknikal termasuk memperkemas kini sistem perisian yang diperlukan.

Katanya, perkara itu selepas Mesyuarat Kabinet semalam memutuskan agar pelaksanaanya dapat disegerakan sejajar pindaan perlembagaan yang dipersetujui secara sebulat di Parlimen secara dwipartisan itu dapat dilaksanakan.

Ujar Takiyuddin, kerajaan berusaha untuk melaksanakan kelayakan pengundi 18 tahun seperti mana pindaan peruntukan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dalam masa terdekat. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya