Segerakan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 - Utusan Malaysia

Segerakan pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pindaan ke atas Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 (Akta 694) perlu disegerakan supaya wujud satu peruntukan undang-undang khusus berkaitan kesalahan individu atau organisasi komersial dalam penjualan projek atau tender kerajaan.

Perkara itu antara dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) Siri 14 Bilangan 1 Tahun 2021 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Menurut kenyataan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), pindaan Akta 694 itu bagi meningkatkan integriti dan ketelusan dalam perolehan kerajaan dan menghindarkan penglibatan pihak-pihak berkepentingan seperti kartel.

Selain itu, katanya, mesyuarat juga bersetuju supaya pelaksanaan inisiatif berkaitan Pemilikan yang Bermanfaat perlu dipercepatkan kerana mampu meningkatkan ketelusan dalam perolehan projek atau tender kerajaan.

“Melalui inisiatif ini, syarikat yang memperoleh projek kerajaan perlu membuat pengisytiharan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dalam syarikat mereka,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya